Sunday, January 30, 2011

10 tips jaga kamera !


Bila dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu ampa patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang baik. Tak kisahlah ampa beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang ampa laburkan untuk beli kamera.  
Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera ampa mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang maha sensitif pun ada. So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini aku nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.
1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera ampa sunburn..hehe..
3. Elak terkena air
Anggap ke kamera ampa tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang ampa selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau ampa biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.
4. Gantung
Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun ampa lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati ampa pun akan berkecai sekali..hehe.
5. Gel Silika
Wajib ada dalam beg kamera ampa untuk menyerap kelembapan.
6. Filter
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau ampa beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya ampa boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.
7. Screen Protector
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr ampa dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan pegang kamera ampa jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.
10. Sejuk ke panas
Kalau ampa bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan ampa tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau ampa buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera ampa dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru ampa boleh keluarkan kamera dari dalam beg.


sekian terima kasehh ~ 

2 comments: